6 SEBAB KENAPA ANDA MESTI CUBA SABUN ‘HANDMADE’ NATURAL

Sejak perkembangan industri pembuatan sabun berpuluh tahun yang lalu, sabun yang benar-benar berkhasiat semakin jarang ditemui. Demi mengaut keuntungan yang besar, banyak syarikat gergasi tidak lagi menghasilkan sabun yang bermutu tinggi. Sabun komersial kebanyakannya bertindak sekadar untuk membersihkan kotoran sahaja. 

Kini kesedaran penggunaan sabun natural semakin tinggi dan menjadi trend di seluruh dunia dalam penjagaan kesihatan kulit.

Ini adalah 6 sebab kenapa anda perlu memilih sabun natural.


1 . Sabun Yang Sebenar

Bayangkan anda mandi dengan ‘detergen’ ini

Pernahkah anda memeriksa label pada sabun buku yang anda beli? Jika pernah, apakah label yang anda lihat? ‘Soap’ atau ‘Beauty Bar’? ‘Cleansing Bar’ atau ‘Body Bar’? Kebanyakan sabun di pasaran bukanlah sabun sebenar. Sabun komersial secara umumnya adalah detergen yang diformulasikan secara sintetik untuk membersihkan kulit anda. Jadi apa masalahnya?

Menurut laman web FDA US:

“Today there are very few true soaps on the market. Most body cleansers, both liquid and solid, are actually synthetic detergent products.”

‘True soap’ atau sabun sebenar dicipta melalui proses pembuatan sabun yang dinamakan saponification (trivia: perkataan sapo itu berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud sabun). Proses ini melibatkan gabungan lemak (minyak) dan alkali (garam), dan seterusnya menghasilkan sabun dan gliserin. Gliserin adalah suatu bahan yang sangat bernilai kerana sifatnya yang melembapkan. Oleh itu, biasanya gliserin ini akan diasingkan untuk menghasilkan produk-produk seperti losyen dan krim pelembap dengan harga yang lebih mahal. Tanpa gliserin, sabun komersial tidak lagi bersifat melembapkan malah menyebabkan kulit semakin kering.

Sabun natural merupakan sabun sebenar yang menggunakan minyak tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun dan minyak kelapa sebagai bahan asas. Sekiranya minyak zaitun digunakan sebagai bahan asas, segala khasiat minyak zaitun dapat dinikmati oleh pengguna sabun. Bahan semulajadi yang berkhasiat untuk kulit seperti butter, clay, garam mineral dan ekstrak buah-buahan juga boleh ditambah bagi meningkatkan khasiat sabun.


2. Tinggi kandungan GLISERIN

Gliserin tidak berwarna

Apa tu gliserin?

Gliserin berasal dari minyak berasaskan tumbuhan, tidak berwarna dan banyak digunakan dalam pelbagai produk kecantikan. Ia terjadi secara semulajadi semasa proses pembuatan sabun. 

Gliserin berfungsi untuk melembapkan kulit dengan menarik air dari udara ke dalam lapisan luar kulit. Ia juga membentuk lapisan perlindungan yang membantu mencegah kehilangan lembapan. Jika anda menggunakan sabun gliserin secara berterusan, ia boleh membantu kulit anda menjadi lebih lembut dan halus.

Sebenarnya, kulit akan menghasilkan minyak sendiri atau disebut sebagai natural oil secara semulajadi untuk mengekalkan kelembapan kulit. Malangnya, natural oil ini disingkirkan semasa kita mandi, sama ada disebabkan oleh air panas atau produk yang mempunyai bahan kimia dan sintetik yang keras. Gliserin dapat membantu mengunci kelembapan semulajadi kulit anda dan menghalang pengeringan yang berlebihan.

*Sebab itu jika anak-anak mempunyai masalah kekeringan kulit yang teruk dan boleh mencetuskan ekzema, pihak hospital akan membekalkan ubat dengan kandungan gliserin bagi memastikan kulit anak anda kekal lembap.


3. Khasiat yang tinggi dari alam semulajadi

Minyak sayuran antara bahan utama sabun natural

Sabun natural biasanya dihasilkan dengan menggunakan minyak berasaskan tumbuhan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan antioksidan. 

Minyak zaitun dan minyak kelapa merupakan antara minyak yang paling biasa digunakan dalam pembuatan sabun natural. Penggunaan minyak zaitun sememangnya sangat popular berabad lamanya di Mediterranean sebagai perawat kulit dan rambut. Minyak kelapa pula dipercayai mampu menyelesaikan pelbagai masalah kulit dan ia kaya dengan vitamin E yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan sel-sel kulit.

Selain itu, terdapat juga bahan tambahan dalam sabun natural yang mengandungi khasiat dan nutrien dari bahan galian dan mineral bumi, ekstrak buah-buahan, ekstrak tumbuh-tumbuhan serta bahan asli yang lain.

Bahan-bahan tersebut adalah seperti:

  • clay, contohnya Kaolin Clay.
  • garam mineral, Himalayan Salt dan Dead Sea Salt.
  • butter, contohnya Shea Butter dan Mango Butter.
  • ekstrak buah-buahan seperti betik, lemon dan avocado.
  • ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti mint, soya, teh dan kopi.
  • bahan asli lain seperti madu.

Ini menjadikan sabun natural sangat istimewa dengan bahan-bahan semulajadi yang eksklusif!


4. Tiada bahan kimia yang merbahaya

APA ITU SLS?

Jika anda biasa memeriksa ramuan pada sabun komersial, anda pasti mendapati Sodium Lauryl Sulfate (SLS) merupakan antara bahan utama dalam sabun anda (trivia: kedudukan bahan dalam senarai ramuan menunjukkan amaun bahan, contohnya bahan pertama dalam senarai ramuan biasanya mempunyai amaun yang lebih tinggi daripada bahan kedua).

Apakah fungsi dan kesan SLS ini?

Bahan ini merupakan antara foaming agent yang berfungsi menghasilkan buih yang banyak. Siapa yang tidak seronok main sabun, bukan? Anak kecil dan orang dewasa zaman kini telah terdidik mindanya dengan, bila sabun berbuih banyak baru terasa bersih, betul atau tidak? Terlalu ‘bersih’ sehingga natural oil pada kulit anda juga turut ‘dibersihkan’ sepenuhnya kerana bahan-bahan ini tidak dapat membezakan antara natural oil dan kotoran. Kesannya, kulit menjadi lebih kering dan semakin sensitif akibat kehilangan natural oil. Penggunaan sabun dengan kandungan SLS yang tinggi secara konsisten dalam jangka masa yang panjang, boleh mencetuskan reaksi seperti ekzema.


PARABEN

Biasanya produk kosmetik mengandungi paraben dalam bentuk methylparaben, ethylparaben, propylparaben atau butylparaben. Paraben berfungsi sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan pertumbuhan fungus dan bakteria, seterusnya memastikan sesuatu produk dapat bertahan lama. Fungsi ini sangat penting bagi syarikat pengeluar yang besar supaya tidak mengganggu proses pengeksportan dan penyimpanan, yang biasanya mengambil masa yang panjang, sebelum produk ini sampai ke tangan pengguna.

Kajian telah menunjukkan bahawa paraben boleh meniru aktiviti hormon estrogen dalam sel-sel badan. Aktiviti estrogenik dikatakan dapat meningkatkan risiko kanser payudara. Menurut Campaign for Save Cosmetics (CSC), satu kajian kecil di British telah mendapati bahawa lima jenis paraben dapat dikesan dalam tumor di payudara pada 19 dari 20 orang yang mempunyai kanser ini. Walaupun kajian ini terlalu kecil untuk membuktikan kesan langsung penggunaan paraben dengan peningkatan kanser payudara, tetapi ini menunjukkan paraben boleh menyerap masuk ke dalam badan melalui kulit dan kekal di dalam tisu pada payudara.

Selain itu, bahan kimia ini juga sememangnya didapati merbahaya kerana boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. Menurut Mercola.com, tubuh dapat menyerap sebanyak lima paun bahan kimia kosmetik setiap tahun. Bayangkan jika dalam keseluruhan produk kosmetik harian anda mengandungi paraben, anda sememangnya tidak dapat lari daripada risiko bahan kimia ini!

Berikutan kesedaran mengenai bahaya paraben, banyak pengeluar kosmetik mula mengeluarkan produk alternatif, seperti sabun handmade natural, yang tidak mengandungi paraben.


5. Mesra Alam Sekitar

Berjuta-juta manusia mandi setiap hari menggunakan bahan pencuci yang mempunyai bahan kimia keras. Bahan-bahan ini akan mengalir terus ke bumi melalui sungai dan serapan tanah. Sesetengah cecair pembersih dan sabun sintetik juga mempunyai label anti-bakteria. Sejauh manakah keperluannya dan apakah kesannya kepada persekitaran? Bagaimanakah sekiranya bahan ini turut menyebabkan kehilangan bakteria yang baik untuk alam sekitar? Apa terjadi jika perkara ini berterusan? Ia mungkin akan mengganggu keseluruhan ekosistem akuatik dan tanah serta mengancam ‘kesihatan’ bumi kita!

Adakah anda perlu berhenti membersihkan diri jika sayangkan alam? Semestinya tidak. Anda sebenarnya boleh memilih cara yang lebih mesra alam dalam pembersihan diri.


6. Design Yang Cantik

Siapa sangka pembuatan sabun boleh menjadi kreatif. Sabun buku yang dahulunya hanya berwarna plain dengan bentuk segi empat atau bulat, kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna mengikut citarasa peribadi anda. Melihatnya sahaja membuatkan rasa tidak sabar untuk mandi!  Keghairahan terhadap rekaan sabun natural juga membuatkan sabun ini sungguh unik dan mula menjadi trend tempatan dan antarabangsa. Keunikan rekaannya telah manjadikan sabun natural sebagai satu seni kraftangan yang sesuai untuk dijadikan cenderamata istimewa buat yang tersayang serta sebagai doorgift atau buah tangan buat tetamu di majlis-majlis korporat, perkahwinan, perjumpaan keluarga besar dan juga reunion rakan sekolah.


Sebagai pengguna bijak, anda pasti mahu membuat pilihan yang terbaik. Dengan kelebihan sabun natural yang telah anda ketahui, sudah tentu sabun natural merupakan satu alternatif yang lebih selamat dan berkhasiat untuk kulit anda jika dibandingkan dengan sabun komersial.

Bagaimana untuk mendapatkan sabun natural? Pembuatan sabun handmade natural bukanlah sesuatu yang asing di negara-negara maju. Tetapi perlukah ada ke luar negara atau menempah dari sana untuk mendapatkannya? Anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya dari luar negara kerana sudah terdapat pengeluar-pengeluar sabun handmade natural tempatan di negara kita.

Industri pembuatan sabun handmade natural masih agak baru di Malaysia. Oleh kerana hanya bahan-bahan yang berkhasiat dan berkualiti digunakan, ini sedikit sebanyak meningkatkan kos pengeluaran. Selain itu, permintaan sabun ini masih di tahap rendah kerana bukan semua pengguna menerima pendedahan terhadap risiko penggunaan sabun komersial dan kelebihan sabun natural. Sokongan pengguna bijak seperti anda bukan sahaja akan meningkatkan perkembangan industri pembuatan sabun natural, malah dapat mempromosikan kelebihan serta khasiat bahan-bahan yang digunakan. Mungkin suatu hari nanti, sokongan anda mampu mengembalikan keberadaan true soap di pasaran.


Rujukan:


© FYRALOVA SKIN & BATH and www.fyralova.com 2019.
Unauthorized use and/or duplication of this material without express and written permission from this site’s author and/or owner is strictly prohibited.


Tagged , , , , , ,