SABUN MELT & POUR (MP) VS SABUN COLD PROCESS (CP)

Sabun Melt & Pour (kiri) dan sabun Cold Process (kanan) berbeza dari sudut tekstur, pembuatan dan sifat

Masih ramai yang keliru tentang sabun Melt & Pour dan Cold Process

Apa yang dimaksudkan dengan sabun Melt & Pour dan Cold Process? Bukankah sabun handmade semuanya sama? Kenapa ada dua jenis? 

Sebenarnya, terdapat empat kaedah pembuatan sabun handmade. Di Fyralova, hanya dua kaedah yang digunakan adalah Melt & Pour dan Cold Process.


Sabun Melt & Pour (MP)

Melt & Pour menggunakan bahan asas sabun yang sedia untuk digunakan. Pembuatan sabun Melt & Pour adalah lebih cepat kerana sebatian sabun akan mengeras dalam masa beberapa jam sahaja dan tanpa perlu menjalani satu langkah yang dipanggil ‘cure’.

Bahan asas ini telah melalui proses saponification (proses pembuatan sabun yang melibatkan gabungan lemak dan alkali). Oleh itu, ia tidak memerlukan pembuat sabun untuk bekerja terus dengan lye (Natrium Hydroxide), bahan alkali yang mempunyai pH yang tinggi serta memerlukan pengendalian yang sangat teliti.

Memandangkan tempoh pengerasan sabun adalah singkat, jadi memang sangat mudah bagi pembuat sabun untuk merealisasikan rekaan sabun yang cantik dengan pelbagai lapisan warna.

Selain itu, kuantiti sabun yang ingin dikeluarkan adalah lebih fleksibel mengikut kehendak kerana penyimpanan bahan asas Melt & Pour adalah sangat mudah dan proses penghasilannya lebih cepat. Ia hanya memerlukan tempoh selama 24 jam sebelum boleh dijual.


Sabun Cold Process (CP)

Sabun Cold Process pula memerlukan penggabungan lemak (minyak) dengan lye (Natrium Hydroxide) dan air, bagi menghasilkan proses ‘saponification’.

Kemudian, sebatian sabun tersebut perlu dibiarkan selama 4 ke 6 minggu untuk melalui satu lagi peringkat yang dipanggil cure’, bagi melengkapkan proses ‘saponification’. Dalam tempoh ini, lebihan air daripada sebatian sabun tersebut perlu sepenuhnya meruap sebelum sabun boleh dijual dan digunakan.


Apakah perbezaan antara Sabun Melt & Pour dan sabun Cold Process? 

Bayangkan anda membuat kek. 

Pembuatan sabun Melt & Pour boleh diumpamakan seperti membuat kek menggunakan tepung kek segera. Apa yang perlu hanyalah penambahan beberapa bahan lain seperti telur dan susu, dan kek boleh terus disiapkan dengan mudah. 

Manakala pembuatan sabun Cold Process pula boleh diumpamakan seperti membuat kek dari peringkat awal. Jenis dan sukatan ramuan perlu lebih teliti, setiap langkah pada resepi perlu dipatuhi satu persatu, kemudian barulah sebatian kek dapat diadun dan dibakar!

Namun akhirnya, kedua-dua kek tetap dapat dinikmati bersama.


Mengapa Sabun Cold Process lebih mahal berbanding Sabun Melt & Pour?

Di Fyralova, harga sabun Cold Process adalah lebih mahal berbanding sabun Melt & Pour. Terdapat beberapa sebab antaranya:

Sabun Cold Process perlu mematuhi langkah keselamatan yang ketat.

  • Pembuatan sabun Cold Process lebih terdedah kepada bahaya kerana bahan yang digunakan, Natrium Hydroxide (lye), boleh mendatangkan kecederaan jika tidak dikendalikan dengan baik. Situasinya sama seperti kita membuat kerja pembinaan, tanpa alat keselamatan yang lengkap ia boleh mendedahkan kita kepada luka yang serius. Antara alat keselamatan yang diperlukan seperti sarung tangan (tidak boleh bersentuh secara langsung), goggles (untuk melindungi mata) dan penutup hidung (mengelakkan terhidu bau gas yang kuat). Pembuat sabun juga harus memakai pakaian yang menutup keseluruhan tangan dan kaki.
  • Campuran lye (alkali) dan air menyebabkan tindak balas eksotermik yang menyebabkan air alkali ini boleh mencapai suhu sehingga 100°C. Oleh kerana sebatian ini menjadi sangat panas dan mendidih, jika ia terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan kulit melecur. Oleh itu, kanak-kanak atau binatang peliharaan dilarang sama sekali berada di sekitar kawasan kerja semasa proses percampuran lye dan air  dilakukan, demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
  • Selepas tindak balas proses saponification berlaku, kandungan lye ini sudah tiada lagi dalam sebatian kerana ia telah bertukar menjadi sabun. Jadi, jangan risau!

Sabun Cold Process lebih rumit kerana proses pembuatan ini perlu dibuat dari awal (melibatkan lye) dan mesti mematuhi sukatan yang tepat.

  • Setiap ramuan haruslah mengikut formula yang ditetapkan. Kandungan bahan tidak boleh terlebih atau terkurang bagi memastikan ia menjadi sabun. Pilihan jenis minyak juga haruslah betul supaya sabun tidak terlalu lembik atau terlalu keras. Setiap minyak mempunyai sifat yang tersendiri seperti membersih, melembapkan dan menghasilkan buih, selain dapat menikmati khasiat yang terkandung di dalamnya.

Sabun Cold Process memakan masa yang lebih panjang.

  • Proses yang dipanggil ‘cure’ ini mengambil masa sehingga 4 – 6 minggu sebelum sabun sedia untuk dijual. Bagi satu perniagaan, masa itu adalah emas. Oleh kerana prosesnya yang panjang, tidak ramai pembuat sabun tempatan mahu membuat sabun cold process kerana dikhuatiri tidak mampu menghasilkan sabun dalam kuantiti yang banyak untuk menampung permintaan pasaran.

Sabun Cold Process memerlukan kos yang tinggi.

  • Selain bahan yang digunakan cukup eksklusif, proses ‘cure’ juga memerlukan ruang yang besar. Bayangkan setiap batch sabun memerlukan satu ruang ‘cure’ selama 4 – 6 minggu, bagaimana agaknya jika setiap hari ada 10 batch yang dikeluarkan? Berapa besar ruang yang akan diperlukan hanya untuk proses ‘cure’ ini sahaja? Penyediaan ruang ini memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran sabun Cold Process.

Sabun Cold Process lebih eksklusif ketika digunakan.

  • Cold Process soap adalah teknik penghasilan sabun tradisional sejak zaman kerajaan Babylon. Dahulu, sabun jenis ini hanya digunakan oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja kerana harganya yang mahal.
  • Kemampuan sabun Cold Process menggunakan bahan fresh seperti buah-buahan atau susu membuatkan sabun ini lebih istimewa daripada sabun Melt & Pour. Tekstur sabun Cold Process juga adalah lebih creamy dan ini membuatkan pengguna dapat merasakan nikmat kemewahan dan eksklusif ketika menggunakan sabun ini. 

Sabun Cold Process merupakan ‘True Soap’. k

  • Sabun Cold Process adalah sabun handmade yang boleh dikatakan lebih true soap berbanding sabun Melt & Pour. Buih yang dihasilkan ketika pengguna menggunakan sabun Cold Process adalah berasal daripada minyak castor oil manakala sabun Melt & Pour pula menghasilkan buih dengan kehadiran sedikit SLES di dalamnya. Oleh yang demikian, banyak sabun handmade Melt & Pour yang tiada SLS/SLES kurang mengandungi buih tetapi inilah yang terbaik untuk orang yang ada masalah kulit sensitif kerana tiada kandungan detergent di dalamnya.

Sabun Cold Process mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi.

  • Memandangkan penghasilan sabun Cold Process ditentukan sepenuhnya oleh pembuat sabun, maka tiada had mahupun limitasi untuk pembuat sabun menjadi kreatif bagi memberikan nilai estetika yang tinggi kepada sabun yang dihasilkan. Tekstur sabun Cold Process boleh dikawal oleh pembuat sabun mengikut tahap ketebalan sebatian yang dipanggil ‘trace’
  1. Thin Trace; paling cair (sesuai untuk buat design pusaran),
  2. Medium Trace; sederhana tebal (sesuai untuk campuran seperti kopi, ia tidak akan tenggelam atau timbul apabila digaul bersama);
  3. Thick Trace; tebal (sesuai untuk hiasan topping).

Sabun Cold Process (CP) atau Sabun Melt & Pour (MP)? Nak yang mana?

Pilihan di tangan anda!  

Jika anda mahukan sabun handmade yang lebih murah bagi penggunakan harian, mungkin dengan memilih sabun Melt & Pour, anda dapat berjimat dan dalam masa yang sama tetap menggunakan sabun yang lebih sihat untuk kulit anda.

Jika anda ingin memberikan sabun handmade yang bersifat eksklusif bagi tetamu di majlis-majlis korporat mahupun menghadiahkan sesuatu yang luxury buat yang tersayang, sabun Cold process menawarkan nilai yang berpadanan.

Semuanya bergantung kepada keperluan dan kemahuan semasa. Lihat dahulu pelbagai jenis handmade soap di Fyralova, dan tentukan pilihan hati anda!


Rujukan

  • https://www.soapqueen.com/bath-and-body-tutorials/tips-and-tricks/pros-cons-of-soapmaking-methods-cold-process-melt-pour-hot-process-and-rebatch/
  • https://www.soapqueen.com/bath-and-body-tutorials/tips-and-tricks/pros-cons-of-soapmaking-methods-cold-process-melt-pour-hot-process-and-rebatch/
  • https://www.soapqueen.com/bath-and-body-tutorials/tips-and-tricks/test-ph-red-cabbage/
  • https://barmbyonthemarshsoaps.co.uk/a-brief-history-of-cold-processed-soap/

© FYRALOVA SKIN & BATH and www.fyralova.com 2020.
Unauthorized use and/or duplication of this material without express and written permission from this site’s author and/or owner is strictly prohibited.


Share this!


Tagged , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *